About Match:



Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Rhinoz Warriors pada tahun 2019 bagi saingan Liga Kesatuan Ragbi Selangor menentang UiTM Lions pada hari Sabtu 22/06/2019 bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. 

UiTM Lions yang baru menamatkan liga Malaysia Rugby League 2019, selaku semi-finalist Premier Division banyak menggunakan pengalaman dan kekuatan di bahagian forward di separuh masa pertama. UiTM Lions mendapat skor pertama perlawanan melalui try dari bahagian forward dan conversion berjaya disempurnakan. Setelah mendapat penalty dari kawasan tengah padang, Ahmad Shaufi (Opie) menyempurnakan penalty goal dari jarak 40 meter, untuk merapatkan skor antara kedua-dua pasukan, menjadikan skor RW 3, Lions 7.

Lions berjaya menjarakkan jurang skor dengan 2 lagi try dan 2 conversion.

Pada 5 minit terakhir masa pertama, pemain Rhinoz Warriors, Muhamad Farhan (Paan) dikenakan Yellow card oleh Ref Alvin atas kesalahan high tackle.

Half-time score : RW 8 – Lions 21

 

Perlawanan seimbang pada separuh masa kedua, namun Lions yang lebih berpengalaman dapat mengawal perlawanan dengan baik. Lions berjaya mendapat 2 lagi try dan 2 conversion di minit-minit terakhir, menjadikan perlawanan berakhir dengan skor RW 8 – Lions 35.  

Final score : RW 8 – Lions 35

First 15 : Ammar, Syahmi, Muhamad Afiq, Izzuddin, Haikal Qusyairi, Shahfuawan, Khairul Zukirin, Izzuddin, Roshen, Muazzam, Fauzy, Shaufi (1T, 1PG), Farhan, Adika, Muhammad Azwan. 

Replacements : Ahmad Nur Fikri, Ahmad Syahmi, Mike, Amirul Hakim, Mohd Iqram, Muhamad Saifullah, Mohd Firdaus, Adzrai, Aiman.