Perlawanan di separuh masa pertama amat sengit di antara kedua-dua pasukan, terutama di bahagian forward. UPNM berjaya mendahului Rhinoz Warriors dengan satu tendangan penalti di minit ke-11. Rhinoz Warriors kemudiannya menyamakan kedudukan dengan satu penalti oleh Ahmad Shaufi pada minit ke-20. Separuh masa pertama berakhir dengan skor RW 06 – UPNM 03 apabila Rhinoz Warriors menjarakkan skor diminit ke-34 dengan penalti goal kedua dari Ahmad Shaufi.

Half-time score : RW 06 – UPNM Smookies 03

Try pertama perlawanan diperolehi oleh UPNM di minit ke-42 namun conversion mereka tersasar, RW 06 – UPNM 08. 10 minit kemudian, UPNM mendapat try ke-2 mereka beserta conversion dan mendahului Rhinoz dengan mata RW 06 – UPNM 15.  

Rhinoz Warriors membalas dengan satu try di minit ke-66 dari Hazuwan hasil gerakan forward dan conversion berjaya diambil oleh Ahmad Shaufi menjadikan kedudukan RW 13 – UPNM 15.

Di minit-minit terakhir, Rhinoz Warriors yang tidak berputus asa berjaya memenangi bola lineout di kawasan UPNM. Setelah membawa bola ke kawasan lawan, Rhinoz Warriors dianugerahkan penalti di sekitar 40m ke arah goal. Ahmad Shaufi tidak mensia-siakan peluang, menyempurnakan penalti dan sebaik sahaja bola melepasi tiang goal, ref Azizan meniupkan wisel, memberikan kemenangan yang berharga untuk Rhinoz Warriors.

Keputusan berakhir dengan Rhinoz Warriors 16 – UPNM 15.

 

Final score : RW 16 – UPNM Smookies 15

Man-of-the-Match : Ahmad Shaufi

More pictures at :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2362584050666670&type=3

Photo credits to Tigers Super Sports