Perlawanan kedua musim 2019 adalah menentang RSC di Royal Selangor Club, Bukit Kiara @ 4:30 pm.
Rhinoz Warriors yang hadir ke Bukit Kiara selepas kekalahan minggu lepas memulakan perlawanan dengan cemerlang dengan gerakan-gerakan forward yang kemas dan padu sebaik wisel ditiupkan. RW berjaya mengasak pasukan RSC di kawasan 22 mereka dalam 10 minit pertama. Cubaan berkali-kali ke garisan try tidak membuahkan hasil, setelah mendapat banyak advantage melalui scrum dan penalty.
Pada minit ke-28, flyhalf Rhinoz Warriors, Mohd Firdaus (Poker) telah didapati bersalah atas kesalahan high tackle semasa Rhinoz Warriors membuat defense di kawasan 22. Seorang pemain RSC telah melakukan dangerous tackle kepada Poker yang mengakibatkan pergelutan berlaku di antara kedua-dua pasukan. Tiga pemain telah dikenakan kad kuning akibat daripada insiden tersebut iaitu Mohd Firdaus, Muhamad Afiq dan seorang pemain RSC.
RSC mendapat 3 mata pertama perlawanan hasil dari tendangan penalty goal.
Half-time score : RW 0 – RSC 03
Separuh masa pertama bermula dengan seimbang. RSC mendapat try pertama di minit ke-13 melalui gerakan back line, namun conversion tersasar. 5 minit kemudian, RSC mendapat try mereka yang ke-2 hasil dari kesilapan bola up and under di bahagian wing. Conversion gagal disempurnakan oleh RSC menjadikan skor RSC 13 – RW 3.
Setelah mengasak pihak lawan, Rhinoz Warriors berjaya mendapat satu scrum hasil kesilapan RSC. Daripada scrum yang kemas di kawasan 22 RSC, pemain no. 8 RW melarikan bola kepada flyhalf Rhinoz Warriors, Mohd Firdaus untuk membuat larian, line break dan seterusnya berjaya mendapatkan try RW yang pertama. Conversion oleh Poker berjaya dan jurang skor dapat dikurangkan kepada RSC 13 – RW 10.
Pada minit-minit terakhir Rhinoz Warriors berjaya memaksa bermain di kawasan RSC namun gagal untuk mendapatkan sebarang mata berharga. Keputusan berakhir dengan RSC 13 – RW 10.
First 15 : Muhamad Saifullah, Mohd Iqram, Ali, Roshen, Izzuddin, Muhamad Afiq, Shahfuawan, Aiman, Muazzam, Mohd Firdaus (1T, 1C, 1PG), Ahmad Syahmi, Supriyanto (MOTM), Amirul Hakim, Ahmad Nur Fikri, Amirul Haritz.
Replacements : Wan Syaiful Izham, Syad, Haikal Qusyairi, Adika, Khalis, Ilyas, Mike.
More pictures at :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2362584050666670&type=3
Photo credits to Tigers Super Sport
