Padang UIA, Gombak, 5:00 pm
Perlawanan menentang KLS Academy ini merupakan test match ke-2 bagi Rhinoz Warriors Rugby sebelum bermulanya Liga Ragbi Selangor 2019. Pasukan KLSA yang rata-rata diwakili oleh pemain development/junior menunjukkan semangat juang yang tinggi, di mana mereka dapat menghalang serangan dari Rhinoz Warriors.
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan skor 0-0.Hujan yang turun di half ke-2 tidak menghalang kedua-dua pasukan untuk mempamerkan mutu perlawanan yang lebih tinggi tetapi keadaan padang yang licin menjadikan perlawanan bertambah mencabar. Rhinoz Warriors mendapat try pertama mereka melalui winger, Zahir melalui larian di tepi padang dengan skor 7 – 0.
Beberapa orang pemain Rhinoz Warriors dikenakan sinbin oleh pengadil perlawanan, En. Misram akibat melakukan banyak kesalahan dan juga dangerous tackles kepada pihak lawan. Pada awalnya perlawanan yang dijangka tamat dalam 3 half (20 minit/half) tetapi dilanjutkan ke half yang ke-4. Pada half ke-3, Rhinoz Warriors mendapat 3 lagi try dan 2 conversions untuk menjadikan full-time score 26 – 0.
Full-time score : RW 26 – KLSA 0 (4 try, 3 conversions)
